Budaya Membeli-belah
Keperluan vs Kehendak
Piramid Hierarki Keperluan Maslow
Dalam
setiap indvidu terdapat lima keperluan yang perlu dipenuhi -- fisiologi,
keselamatan, sosial, penghargaan dan hasrat diri. Setiap
individu perlu memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu
sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.
Cara Membezakan Keperluan Dan Kehendak
- tanya diri sendiri “adakah saya boleh hidup tanpa barang itu?”
- kalau boleh, ia merupakan sesuatu kehendak
- kalau tidak boleh, ia merupakan sesuatu keperluan
Cara Membeli-belah Secara Cerdik Dan Tepat
Memeriksa bekalan atau simpanan makanan yang sedia ada sebelum membeli
Sebelum
anda membeli belah, memeriksa simpanan makanan yang sedia ada untuk mengelakkan
pembaziran ke atas pembelian bahan yang tidak diperlukan. Gunakan Piramid
Makanan Malaysia sebagai panduan semasa membuat pemeriksaan bekalan makanan.
Pastikan terdapat sekurang-kurangnya satu bahan makanan dari setiap kumpulan
berikut.
Merancang pembelian anda
Setelah
memeriksa bekalan makanan, bolehlah mula membuat senarai barangan yang sudah
habis dan perlu dibeli. Tidak perlulah tulis di kertas kerana semua senarai ini
boleh dilakukan pada telefon bimbit masing-masing.
Membuat perbandingan harga dan jenama
Sekiranya
barangan dijual pada harga yang agak mahal, pengguna mempunyai kuasa untuk
memboikot atau mencari alternatif lain dengan tidak membeli barangan daripada
peniaga berkenaan.
Semak resit pembelian sebelum meninggalkan kaunter
Semaklah resit pembelian anda setiap kali anda membeli-belah kerana ada
ketikanya pasar raya boleh melakukan kesilapan di mana berlaku perbezaan harga
pada rak dan dalam sistem.
Compulsive Buying Disorder (CBD)
Apakah itu CBD?
Tingkah
laku membeli-belah yang tidak normal dan dilakukan secara tidak terkawal, serta
sentiasa mempunyai keinginan yang kuat untuk membeli-belah sebagai cara untuk
melegakan tekanan.
Bagaimanakah menyelesaikan Compulsive Buying Disorder?
- Buat senarai keperluan membeli-belah anda dan membeli mengikutnya
- Sediakan wang yang cukup hanya untuk membeli barangan yang penting sahaja
- Mengelakkan pergi ke pusat membeli-belah jika tidak ada keperluan
- Sibukkan diri anda dengan kegiatan yang lebih bermanfaat